Lawatan SUK Terengganu, PLANMalaysia@Terengganu Dan Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu Ke SUK Perak.: 6 Oktober 2020.
Delegasi lawatan bergambar bersama ketua jabatan di SUK
IPOH , 6 Oktober 2020 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu bersama-sama PLANMalaysia@Terengganu dan Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Pejabat SUK Perak.
Delegasi lawatan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat SUK Terengganu tersebut telah disambut oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Perak dan wakil-wakil jabatan SUK Perak.
Hadir sama, YBrs. Puan Fatimah binti Ghazali, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat; YM Tengku Siliawati binti Tengku Salim, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri dan YBrs. Encik Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Lawatan ini diadakan bagi perkongsian berkenaan penubuhan PerakGIS dan Enakmen Sumber Air Terengganu (2020).

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.