Skip to main content

5 ADUN Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. : 10 Disember 2020

Dato’ Zainol Fadzi Paharudin menerima watikah pelantikan daripada DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini.

KUALA KANGSAR, 10 Disember- Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah hari ini.

Antara yang dilantik ADUN Sungai Manik, YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin; ADUN Lintang, YB Dato’ Mohd Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya; ADUN Kampong Gajah, YB Dato' Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, YB Encik Khairul Shahril Mohamed.

Ia disaksikan YAB Menteri Besar Perak yang baharu, Dato' Haji Saarani Mohamad, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Hisham Hashim dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Terdahulu, Dato' Haji Saarani Mohamad yang juga ADUN Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke- 14.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.