Skip to main content

YAB Menteri Besar Perak Baharu Mulakan Tugas. : 11 Disember 2020.

YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama-sama ketua jabatan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 11 DISEMBER - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani Bin Mohamad secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar yang baharu, hari ini.

Dato’ Haji Saarani Bin Mohamad tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 9 pagi ini.

Ketibaan beliau disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan; Ybrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Nor Sham Binti Rahman; Ybrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Puan Halizah Binti Sipun serta ketua-ketua jabatan.

Upacara ringkas yang dimulai dengan majlis bacaan doa dan sesi bergambar diadakan bagi menyambut YAB Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu.

Sebaik tiba di pejabatnya di tingkat satu, beliau secara simbolik mengetip kad perakam masa untuk mengesahkan kedatangannya.

Sejurus itu, Dato’ Haji Saarani Bin Mohamad diberikan penerangan mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang diadakan secara tertutup.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.