DYMM Paduka Seri Sultan Perak Titah Pertandingan Cipta Logo Perak FC Baharu Diadakan.: 9 Februari 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri ketika menyampaikan titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
BOTA, 9 Februari 2021 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan titah nasihat agar maklum balas serta pandangan penyokong mengenai logo baharu pasukan Perak FC didengari, dihormati dan diberikan perhatian.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, YB Khairul Shahril Mohamed berkata, berikutan titah tersebut, pertandingan terbuka mencipta logo Perak FC baharu akan diadakan bagi memilih logo baharu yang akan digunakan oleh pasukan ‘The Bos Gaurus’ Itu.
“Baginda menzahirkan titah peringatan bahawa sukan bola sepak ialah sukan rakyat yang mempunyai paling ramai peminat di Malaysia, oleh itu, suara rakyat dan pilihan rakyat wajib diperoleh, dihormati dan dihargai.
“Dengan itu, Baginda menzahirkan titah nasihat, sebaik-baiknya diadakan pertandingan mereka cipta logo baharu yang dibuka penyertaannya kepada rakyat jelata,” katanya dalam satu media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Jelasnya lagi, pemilihan logo baharu tersebut hendaklah dilakukan oleh panel penilaian, yang terdiri daripada pelbagai pihak yang berpengetahuan, berkepentingan dan berminat sebelum diperakukan.
“Menjunjung titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pihak Perak FC dengan ini dinasihatkan untuk melantik panel penilaian dan setelah mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak yang berminat dan berkepentingan, logo baharu itu akan dipersetujui secara kolektif untuk perakuan,” ujarnya.
Untuk sebarang maklumat berkaitan pertandingan tersebut, boleh merujuk ke laman sosial rasmi Perak TBG di Facebook, Twitter dan Instagram.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.