Skip to main content

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Dan Poster Bertemakan Norma Baharu: 25 Februari 2021

YB Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan mock cheque kepada pemenang tempat pertama kategori video pendek.

IPOH, 25 Februari 2021- YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Pendek dan Poster Bertemakan Norma Baharu.

Pertandingan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu diadakan bertujuan memperkasakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam usaha melawan wabak COVID-19 di negara ini.

Dalam pertandingan berkenaan, tempat pertama bagi kategori video pendek (berkumpulan) telah dimenangi oleh Angkatan Pertahanan Awam negeri Perak yang diwakili oleh Kapten Sharizal bin Hussin yang  membawa pulang wang tunai bernilai RM1,500 dan sijil penghargaan.

Manakala tempat kedua bagi kategori itu pula disandang oleh Pejabat Kesihatan Pergigian dan Daerah Kerian yang diwakili oleh Dr. Loshnee a/p Karpanan dan bagi tempat ketiga dimenangi oleh Majlis Daerah Tapah yang diwakili oleh Puan Syahida binti Muhamad Zin.

Tempat kedua dan penyandang tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM1,000 dan RM500 berserta sijil penghargaan.

Bagi kategori poster (individu), tempat pertama telah dimenangi oleh Encik Mohamad Rabiul Khairi bin Abdul Rashid daripada Majlis Daerah Tapah yang membawa pulang wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Encik Parthivan a/l Veeranan daripada Majlis Daerah Tanjung Malim manakala tempat ketiga disandang oleh  Encik Azmi bin Mohamed Asmayatim daripada Pejabat SUK Perak.

Masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM400 dan RM300 berserta sijil penghargaan.

Dalam perkembangan sama, majlis penyampaian hadiah  itu telah didadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan secara ringkas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negeri Perak.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Anita binti Amri.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 02 Mei 2025, 00:51:03.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.