Skip to main content

Program Kerjaya 2021 Dekati Rakyat Bantu Beri Peluang Pekerjaan. : 30 Mac 2021

YB Ahmad Saidi bin Mohamad Daud ketika melakukan gimik perasmian Program Kerjaya 2021

IPOH, 30 Mac 2021- Kerajaan Negeri Perak di bawah portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia telah melancarkan Program Kerjaya Tahun 2021.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud berkata melalui Program Kerjaya 2021, pelbagai program akan direncanakan seperti Sesi Temuduga Pekerjaan Mingguan bersama industri, Program Temuduga di peringkat daerah dan negeri serta Karnival Kerjaya Maya yang bertujuan membuka peluang kepada mereka yang masih mencari peluang pekerjaan.

“Selain itu, Jelajah Skuad Ronda Moh Kroje juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mendekati dan membantu para pencari kerja di kawasan bandar dan luar bandar dengan cara mendaftar sebagai pencari kerja dan seterusnya menyerahkan maklumat mereka kepada syarikat-syarikat di dalam negeri Perak.

“Sejajar dengan Program Kerjaya 2021, pemerkasaan agenda Technical and Vocational Education and Training (TVET) yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat juga akan diteruskan dengan inisiatif Latihan Modular Kemahiran TVET seperti latihan peningkatan kemahiran ‘reskilling’ dan latihan semula ‘reskilling’ serta Kursus TVET OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Program Kerjaya 2021 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama YBrs Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki.

Dalam perkembangan sama, seiring dengan Majlis Pelancaran Program Kerjaya 2021, slogan #GERAK iaitu singkatan bagi ‘Gerbang Kerjaya Kome’ turut dilancarkan. Slogan baharu itu akan membawa satu nilai komersial dan memberi satu ekspresi baru daripada PASAK kepada masyarakat khususnya di negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.