Skip to main content

61 Belia Terima Watikah Pelantikan Ahli Dewan Belia Perak Sesi 2021/2022. : 11 April 2021

belia1

YAB Menteri Besar Perak menyampaikan watikah pelantikan kepada Encik Mukhlis bin Zambry sebagai perwakilan Dewan Belia Negeri Perak

IPOH, 11 April 2021 – Seramai 61 Perwakilan Belia Perak termasuk dua wakil khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Orang Asal menerima watikah Pelantikan sebagai ahli Dewan Belia Perak bagi penggal ke-Tiga sesi 2021/2022.

Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad semasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dewan Belia Negeri Perak Sesi 2021/2022 yang berlangsung di Hotel Impiana, Ipoh.

Dalam ucapannya YAB Menteri Besar berkata, penganjuran Dewan Belia adalah usaha Kerajaan Negeri mengangkat suara dan martabat belia di negeri Perak.

"Melalui platform ini, para Perwakilan mempunyai ruang sebaiknya untuk membahaskan isu berkaitan kepentingan belia, rakyat dan negeri serta melontarkan idea yang baru yang bersifat luar biasa," jelasnya ketika menyampaikan ucapan sempena watikah Perlantikan ahli Dewan Belia Perak di sini hari ini.

Tegasnya, perwakilan Dewan Belia Perak perlu meningkatkan pembacaan dan cakna tentang isu semasa sebagai persediaan agar perbahasan sidang Dewan Perak berlangsung dalam keadaan matang dan memberikan impak yang positif terhadap pembangunan belia dan negeri.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, YB Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid; YB Pengerusi Jawankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Media, Encik Khairul Shahril Mohamad dan Yang Dipertua Dewan Belia, YB Jamilah Zakaria.

Sesi pencalonan telah dilaksanakan sejak Februari lalu dengan pendaftaran 257 orang calon serta sesi pemilihan sejak Mac lalu dilaksanakan dengan 20,000 orang pemilih yang berdaftar.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.