Skip to main content

YAB Menteri Besar Perak Lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Negeri Perak 2021- 2025.: 14 April 2021.

oacp1

YAB Menteri Besar perak Bergambar bersama pegawai-pegawai atasan kerajaan

IPOH, 14 April 2021- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Negeri Perak 2021- 2025.

Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) ini adalah merupakan satu kerangka perancangan lengkap dan menyeluruh yang dibangunkan selaras dengan penggubalan Pelan Anti Rasuah Nasional. Pelan ini juga merupakan sebuah dokumen utama yang memaparkan komitmen seluruh warga perkhidmatan awam Negeri Perak untuk menghapuskan amalan rasuah dan salah laku integriti dalam jabatan.

Ia telah dibangunkan secara bersama dengan kerjasama pelbagai jabatan, bahagian dan unit dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan kewujudannya benar-benar dapat memberi impak positif secara menyeluruh.

Turut hadir di majlis itu adalah YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim; YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Darul Ridzuan, Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin; YBhg. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak, Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Haji Mohamad; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Nor Sham binti Rahman dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.