Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Bersama NGO Dan Media. : 21 April  2021.

YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan aluan

IPOH, 21 April  2021- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad telah hadir bagi mengimarahkan Majlis Berbuka Puasa bersama NGO dan Media di Laman Seri Perak, di sini.

YAB Dato’ Saarani bin Mohamad dalam ucapan aluannya berkata, ini merupakan tahun kedua bagi umat Islam menyambut bulan puasa, dalam suasana pandemik Covid-19.

“Bagi memutuskan rantaian wabak tersebut, saya berharap agar semua pihak mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Selain itu, saya ingin menasihatkan semua pihak agar segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 serta membantu dalam mempromosikan kempen itu agar lebih ramai pihak mendaftar,” katanya.

Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin binti Wan Noordin, YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Encik Khairul Shahril bin Mohamed dan Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) Encik Sayed Mohd Hesyam bin Sayed Idris.

Sejurus selesai berbuka puasa, YAB Dato’ Saarani bin Mohamad bersama tetamu yang hadir kemudiannya menunaikan ibadah solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Dalam majlis tersebut, YAB Dato’ Saarani berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim An Nur, Rumah Anak Yatim Darussalam dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekitar Bandaraya Ipoh.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.