Skip to main content

Perak Lancar Tabung Kemanusiaan Palestin. : 19 Mei 2021.

YAB Menteri Besar Perak ketika sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan

IPOH, 19 Mei 2021- Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman regim zionis Israel.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad berkata, buat permulaan, Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak hari ini bersetuju menyediakan bantuan RM100,000 untuk disalurkan ke tabung tersebut dan akan disusuli dengan sumbangan daripada syarikat- syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.

Inisiatif ini juga akan dipanjangkan kepada jabatan dan agensi kerajaan, selain sektor swasta dan persendirian daripada seluruh negeri Perak.

“Tabung ini adalah tanda solidariti rakyat Perak tanpa mengira kaum dan anutan agama dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” umum YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad semasa bertemu dengan media melalui siaran atas talian.

Bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar, kerajaan negeri meminta bantuan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria sebagai pemimpin yang terlibat aktif dalam misi kemanusiaan ke Palestin untuk berhubung terus dengan pihak berkuasa negara tersebut selain melalui bantuan pihak Wisma Putra.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.