Kerajaan Negeri Perak Perluas Program Saringan Komuniti Bersasar Covid-19.
YAB MB Perak sempat beramah mesra bersama pengujung yang hadir ke Program Outreach Vaksinasi di Kompleks Mini Astaka.
BATU KURAU, 25 Julai 2021: Kerajaan Negeri Perak akan memperluaskan Program Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 dengan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Antigen) di lokaliti yang mempunyai kadar jangkitan tinggi.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad berkata program itu telah dimulakan bulan lalu dengan sasaran awal 2,000 ujian dan pasukan khas telah ditubuhkan untuk menjayakan program itu.
“Kita telahpun membeli kit RTK Antigen itu menggunakan Maju Perak dengan EB Holdings dan pasukan ini yang akan berada di kawasan yang menjadi sasaran, jadi kawasan yang tiada kes, tidak perlu untuk pergi.
“Kawasan yang ada kes, kita semalam telah putuskan dan insya Allah di Selama pun pasukan tersebut akan turun untuk lakukan mass swab untuk lokaliti-lokaliti yang bersasar seperti ini,” katanya
Beliau berkata demikian selepas melawat Program Outreach Vaksinasi di Kompleks Mini Astaka dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pondok Tanjung, di sini.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim,YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal bin Kamarudin dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Dato Dr. Muhammad Amin bin Zakaria.
Ujar YAB Dato’ Saarani bin Mohamad lagi, Kerajaan Negeri Perak tidak akan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan agar kawasan zon hijau di negeri ini dinaikkan dari Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada fasa seterusnya.
“Saya tidak fikir tindakan itu baik kerana negeri Perak ini luas dan kita tidak mahu berlakunya penularan jangkitan COVID-19, akibat daripada aktiviti pergerakan keluar dan masuk negeri ini.
“Oleh itu, kita tidak berhasrat untuk memberi kebebasan kepada satu daerah atau mukim di zon hijau, kerana masih ada tempat dikenakan PKPD,” ujarnya lagi.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.