Membudayakan Amalan Membaca Di Kalangan Masyarakat - 23 April 2014

Ipoh, 23 April 2014 - Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT)†merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat.
Program ini telah bermula pada tahun 2008 dan untuk pertama kalinya pada tahun ini, ia dilakukan secara serentak diseluruh negara untuk direkodkan didalam Malaysia Book of Records.
Di negeri Perak, program “Jom Baca Bersama untuk 10 minit†telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANk) dengan penglibatan hampir 1,000 pelajar dari 30 buah sekolah sekitar Ipoh. Majis perasmian program ini telah disempurnakan YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Dalam ucapannya, kerajaan negeri Perak menyokong penuh usaha-usaha untuk meningkat tabiat membaca dikalangan rakyat negeri Perak.
“Membaca ialah kunci untuk memperoleh ilmu. Kita tidak akan dapat menguasai sebarang kemahiran sekiranya tidak membaca kerana membaca merupakan proses pembelajaranâ€ÂÂÂ, katanya.
Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YB Puan Salbiah Mohamed, pihak PPANk turut bersama-sama menyahut cabaran menyertai program ini untuk membuktikan bahawa budaya membaca di kalangan masyarakat negeri Perak masih tinggi.
Tambahnya, ilmu sangat penting untuk pembangunan negara, diri sendiri selain memcerminkan diri kita sendiri di kalangan masyarakat. Oleh itu, para pelajar perlulah menguasai ilmu dengan mencintai budaya membaca.

Sumber: Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.