Skip to main content

EKSA SUK Perak Dilancarkan.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menyampaikan Buku Garis Panduan EKSA kepada YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

IPOH, 29 Oktober 2021 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim telah menyempurnakan Pelancaran Perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

YB Dato’ Ahmad Suaidi telah menyampaikan Buku Garis Panduan EKSA SUK Perak kepada YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Nor Sham binti Rahman dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN), Puan Dr. Hartini binti Mohd Nasir yang mewakili YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) sebagai simbolik pelancaran tersebut.

Hadir sama, YBrs. Puan Zuriati binti Zainal, Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Korporat selaku urusetia EKSA SUK Perak.

Terdahulu, SUK Perak telah menerima Sijil Cemerlang EKSA bagi tahun 2017 yang dianugerahkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Pelancaran hari ini bertujuan untuk memperbaharui pensijilan yang telah diterima.

EKSA mula diamalkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak secara rasminya tahun 2017 bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan imej korporat di pejabat. Amalan ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.