Hutan Simpan Royal Belum Berpotensi Menjadi Tapak Warisan Dunia - 9 Mei 2014

GERIK, 9 MEI 2014 - YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri DiRaja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak berkata, Hutan Simpan Royal Belum yang berusia 130 juta tahun berpotensi diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
YAB Datuk Seri DiRaja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak meminta semua agensi berkaitan untuk mengkaji sama ada Hutan Royal Belum boleh mendapat pengiktirafan berkenaan atau tidak.
YB Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Belum Rainforest Resort Fasa Kedua di Pulau Banding yang turut dihadiri YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir dan Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Datuk Hj. Mustapha Kamal.
Tan Sri Mustapha Kamal berkata, dengan pelancaran fasa kedua itu, ia bakal memenuhi permintaan pelancong yang dijangka bertambah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tahun Melawat Perak 2015.
Menurutnya antara penambahan yang dibuat pada fasa kedua ini ialah pembinaan 70 buah bilik biasa, 36 bilik Deluxe Suite, 6 buah Chalet tradisional, sebuah Villa eksklusif, sebuah kolam renang dan sebuah base camp.
Menurut beliau, projek itu mempunyai keunikan tersendiri kerana ia menggabungkan eko-pelancongan, inisiatif kelestarian dan pembangunan masyarakat Orang Asli serta penduduk setempat.
![]() |
YAB Datuk Seri DiRaja Mohd Najib Tun Abdul Razak dan YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir melihat kraftangan yang dihasilkan penduduk Orang Asli. |
![]() |
YAB Datuk Seri DiRaja Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil kesempatan menari bersama penduduk Orang Asli. |
![]() |
YAB Perdana Menteri memberi ucapan di Majlis Pelancaran Belum Rainforest Resort Fasa Kedua. |
Sumber: Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.