Penjawat Awam Perlu Tadbir Berpandukan Al-Quran.

YBhg. Penasihat Rumah Ngaji Negeri Perak bersama-sama YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melihat wakaf Al-Quran yang telah disumbangkan
IPOH, 25 November 2021- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) telah menerima sumbangan al-Quran daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf al-Quran di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.
Sumbangan tersebut merupakan 5 set yang terdiri daripada 7 jenis Al- Quran.
Sumbangan tersebut telah diwakili oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman yang juga merangkap Naib Yang Dipertua Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) sebagai penerima.
“Wakaf al-Quran ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Biro Agama KESEDAR yang diketuai oleh YBrs. Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, Encik Mazlan bin Mohamad seterusnya menjayakan misi Quran Hour bagi menyemarakkan lagi budaya membaca Al-Quran.
“Pihak SUK Perak amat menghargai jalinan kerjasama bersama WUIF. Semoga jalinan kerjasama ini dapat dikekalkan dan diteruskan sentiasa,” jelas beliau dalam ucapannya.
Menurut YBhg. Penasihat Rumah Ngaji Negeri Perak, Datin Normah Hanum binti Dato’ Ibrahim yang mewakili WUIF berkata, setiap penjawat awam perlu menghargai masa berdasarkan Surah Al-Asr dan mentadbir negara berpandukan al-Quran.
Turut berlangsung sesi Penyerahan Wakaf al-Quran sebagai simbolik sumbangan dan bacaan Ikrar World #QuranHour yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Muhammad Bazli Aminmokhsin bin Aminuddin, tenaga pengajar Rumah Ngaji Negeri Perak.
Hadir sama, YBrs. Puan Zuriati binti Zainal, Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Korporat; YBrs. Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Sumber Manusia, Puan Laila Mazni binti Ismail selaku Setiausaha KESEDAR dan YBrs. Pengerusi Rumah Ngaji Negeri Perak, Puan Hajah Noor Mazlina binti Noor Shah.