Skip to main content

Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman Ke Perak.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau bergambar bersama Duta Besar Jerman ke Malaysia.

IPOH, 26 November 2021- YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Encik Mohd Akmal bin Kamarudin pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, TYT Dr. Peter Blomeyer di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam kunjungan tersebut, fokus utama perbincangan adalah mengenai Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang melibatkan 5 teras strategik iaitu pertanian, sosioekonomi, alam sekitar, prasarana dan digital.

Terdahulu, Taiping telah dinobatkan sebagai bandar ketiga paling mampan di dunia semasa Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2019 pada Program Pelancongan Antarabangsa di Berlin, Jerman.

Turut serta menerima kunjungan beliau adalah YBrs. Timbalan Pengarah Sektoral Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri, Encik Kumaresan A/L Lingam.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.