Skip to main content

Perak Komited Tanam 2 Juta Pokok Setahun Sehingga Tahun 2025.

Para tetamu bergambar bersama pokok yang telah ditanam oleh YAB Menteri Besar Perak

SUNGAI SIPUT, 28 November 2021- YAB Menteri Besar Perak ucap tahniah kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim atas komitmen dalam menyahut cabaran penanaman 10 juta pokok bagi tempoh 5 tahun atau 2 juta pokok setahun sehingga tahun 2025.

“Komitmen ini telah diterjemahkan oleh kerajaan negeri melalui penetapan Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2021 dan Alhamdulillah, KPI tersebut telah tercapai sepenuhnya pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Suaidi serta semua pihak yang meyumbang usaha ke arah pencapaian ini.

“Kejayaan ini adalah manifestasi kepada komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam menggerakkan tindakan mitigasi bagi menangani perubahan iklim bagi kesejahteraan rakyat,” ujar beliau semasa merasmikan Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak: Penanaman Pokok ke-2 Juta di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput (Utara), Sungai Siput.

YBhg Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Dato’ Mohamed Zin bin Yusop turut mengumumkan penglibatan pihak swasta dalam Perak Oxygen-Land Bank (POLB).

Sehingga kini, terdapat 32 syarikat swasta telah menyumbang kepada POLB sejumlah RM280,500 dengan penglibatan penanaman pokok sebanyak 2,683 pokok dan pengambilan sebanyak 49 pokok sedia ada sebagai pokok angkat.

Malah, sebanyak 250 pokok spesies Keruing ditanam pada hari ini di mana YAB Menteri Besar Perak telah menanam pokok ke 2.0 juta iaitu Pokok Keruing Gombang Merah yang merupakan spesies pokok terancam dan perlu dilindungi.

Turut hadir, YB Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin dan YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.