Skip to main content

Perak Peruntuk 3.1 Juta Perkasa Pertanian.

YAB Menteri Besar Perak merasmikan Petak Promosi Pertanian Bandar di Jalan Sturrock hari ini.

IPOH, 30 November 2021- Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah mewujudkan kempen ‘Kebun Kita’ yang memperuntukkan RM3.1 juta bagi memperkasakan aktiviti pertanian dalam kalangan masyarakat.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad berkata, terdapat dua bentuk bantuan bagi kempen ini, iaitu bantuan kepada individu dan bantuan kepada komuniti.

“Peserta individu dibekalkan dengan barangan seperti pasu, benih, tanah baja, racun perosak bio (biopestiside), bahan tanaman serta manual tanaman.

“Manakala, peserta komuniti pula dibekalkan dengan set sistem fertigasi, baja, tanah dan lain-lain set berkebun.

“Selain menjimatkan belanja, tanaman ini lebih segar dan bebas daripada penggunaan bahan kimia serta dapat mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat sebagai aktiviti riadah santai dan terapi minda,” jelas beliau kepada pemberita semasa Majlis Perasmian Petak Promosi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Negeri Perak di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak, hari ini.

Tambahnya lagi, kempen ini bertepatan dengan slogan “tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam, selebihnya boleh jual atau sedekah”.

Beliau juga berharap semoga usaha ini akan menjadi pemangkin kepada menyemai kecintaan terhadap usaha menghijaukan bumi dan seterusnya memperkasakan sektor pertanian di negeri Perak.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti binti Othman.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.