DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Terima Zakat RM7.8 Juta Bagi Pihak MAIPK.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM6.09 juta daripada TNB yang diwakili Baharin kepada MAIPk dalam satu majlis di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2021 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM7,809,259.80 daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (MAIPk) di Istana Perak, Bukit Changkat Persekutuan, hari ini.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Baharin Bin Din merupakan penyumbang tertinggi dengan jumlah bayaran zakat perniagaan RM6,095,402.30.
Penyampaian zakat tersebut kemudian diikuti oleh Etiqa Family Takaful Berhad Dan Etiqa General Takaful Berhad yang diwakili oleh Dr. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman (Ahli Jawatankuasa Syariah) dengan jumlah zakat perniagaan RM775,000.00.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Bin Abd Wahab menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM577,752.30.
Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (Angkasa) berjumlah RM221,105.20 yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPAN) Angkasa Perak, Tuan Haji Mohd Rosli bin Haji Basri dan diikuti oleh GITN Sdn. Bhd. yang diserahkan oleh Ketua Perkhidmatan & Pengurusan Korporat, Norfaizah Binti Mohd Puad berjumlah RM140,000.00
Hadir sama, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin; YBhg. Ahli Majlis MAIPk Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari.