Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM6.4 Juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari menyerahkan zakat perniagaan

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2021: DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6,424,999.77 daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan di sini.

Penyerahan zakat perniagaan itu didahului oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Haji Zamri bin Yaakob dengan jumlah bayaran zakat perniagaan RM2,604,885.77.

Ia diikuti Pharmaniaga Berhad yang diwakili oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli bin Ramly dengan jumlah zakat perniagaan RM2,000.000.00.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato' Syed Abdul Aziz Syed Hassan telah menyerahkan zakat perniagaan dengan jumlah RM827,743.00.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Syariah BPMP, Dr. Syahnaz binti Sulaiman dengan jumlah  RM714,942.00.

Seterusnya, penyampaian zakat tersebut diikuti oleh Agrobank Negeri Perak yang diwakili oleh Pengarah Wilayah Agrobank Negeri Perak, Encik Mohamad Sukri bin Yusop dengan jumlah RM277,429.00.

Hadir sama, YABhg. Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin, YBhg. Ahli Majlis MAIPk Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.