Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM3 Juta.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mubarak Ali bin Gulam Rasul mewakili Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd dengan jumlah bayaran RM1,106,400.54

IPOH, 17 Disember 2021- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,006,108.54 daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Kinta, hari ini.

Penyerahan itu didahului oleh Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mubarak Ali bin Gulam Rasul dengan jumlah bayaran RM1,106,400.54.

Ia diikuti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefli bin Abdullah dengan jumlah zakat perniagaan RM500,000.00.

Sementara itu, Menteri Besar Incorporated (Perak) diwakili oleh Encik Anuar bin Zainal Abidin menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM420,000.00

Turut menunaikan zakat adalah KPJ Ipoh Specialist Sdn Bhd berjumlah RM335,000.00 yang diserahkan oleh Pengurus Besar, KPJ Sri Manjung Specialist Hospital, Encik Badrul Hisyam bin Ibrahim.

Seterusnya, serahan zakat daripada Perak Integrated Network Services Sdn Bhd berjumlah RM325,000.00 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Adi Reza bin Abdul Razak.

Yang terakhir adalah QSR Brands (M) Holdings Bhd yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Tuan Haji Razak bin Nordin berjumlah RM319,708.00.

Hadir sama, YABhg. Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin; YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti; YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.