Skip to main content

370 Petani Daerah Kinta Terima Bantuan Perkasa Pertanian Negeri.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak bergambar bersama para pemain industri pertanian, hari ini.

IPOH, 17 Januari 2022 - 370 orang daripada industri pertanian telah menerima bantuan melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM412,273.

Bantuan itu telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad semasa Program Doa Selamat dan Santai Bersama YAB Menteri Besar Perak serta Penyerahan Kit Kebun Kita di Dewan Azumu, Halaman Meru Impian, Ipoh.

Antara penerima tersebut, terdiri dari Program Pembangunan Industri Sayur-sayuran dan Tanaman Singkat Masa Daerah Kinta, Program Pembangunan Komoditi Berpotensi Daerah Kinta dan Program Pembangunan Industri Asas Tani.

Menurut Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti binti Othman, terdapat juga penerima daripada pertanian bandar ‘Urban Farming’ dan insentif kepada Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP) bagi menggalakkan pengeluaran makanan yang sihat

Ia adalah skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada para petani yang mengamalkan penghasilan produk dengan cara memelihara alam sekitar dan mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak.

“Di sini, kita lihat mereka mengamalkan pertanian yg baik. Malah, dari segi kandungan sisa baki racunnya, tiada tinja haiwan digunakan seperti garis panduan yang telah ditetapkan,” ujar beliau kepada pemberita semasa program tersebut.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin dan Pegawai Daerah Kinta, Encik Meor Hezbullah bin Meor Abdul Malik.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.