Skip to main content

Kerajaan Negeri Giat Tangani Isu Stres Kalangan Warga Pendidik.

YAB Menteri Besar Perak bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika Sesi Libat Urus Bersama Penjawat Awam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak, Bandar Meru Raya.

IPOH, 17 Januari 2022- Kerajaan negeri terus prihatin kepada warga pendidik sejak pandemik COVID-19 sehingga kini sebagai persediaan hadapi endemik.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud berkata, guru masa kini berhadapan pertambahan bebanan kerja akibat perubahan sistem pembelajaran berikutan suasana pandemik di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sesi Dengar & Dialog Bersama Warga Pendidik di Dewan Kuliah Sri Bintang, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh, hari ini.

Menyedari masalah ini, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Institut Darul Ridzuan (IDR) menyediakan program webinar, libat urus serta motivasi kaunseling untuk memberi semangat kepada para guru.

“Kita menjalankan program ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami lihat ia perlu diteruskan secara maya dan fizikal bagi menghadapi situasi endemik,” kata beliau.

Beliau turut akui guru mohon untuk bersara awal kerana tekanan yang dihadapi.

“Terdapat guru mempunyai baki lagi 5 hingga 6 tahun untuk pencen tetapi mengambil jalan mudah ingin pencen lebih awal. Kerajaan negeri merasakan kerugian kerana cikgu berpengalaman ini terdiri daripada guru pakar,” ujar beliau.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan; YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin; Pegawai Daerah Kinta, Encik Meor Hezbullah bin Meor Abdul Malik dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Dato' Haji Asmuni bin Awi.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.