Pertandingan EKSA Semarak Semangat Warga SUK Perak.
Para pemenang turut bergambar bersama
IPOH, 20 JANUARI 2022- YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Tahun 2022.
Dalam pertandingan berkenaan, 7 kategori telah dipertandingkan yang membawa wang tunai RM300 dan sijil penghargaan bagi setiap kategori. Penyampaian hadiah telah disampaikan kepada Ketua Zon bahagian masing-masing.
Bagi kategori Zon Terbaik dan Sudut EKSA terbaik, telah dimenangi oleh Zon Fedora dari Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), ia diwakili oleh, Puan Nurhayati binti Ahdan untuk menerima hadiah.
Manakala, Workstation Terbaik dimenangi oleh Zon BKT dari Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Encik Mohd Salji bin Omar mewakili bahagian tersebut untuk menerima hadiah dan kategori Bilik Mesyuarat Terbaik telah dimenangi oleh Zon Twilight dari Bahagian Korporat, Puan Zuriati binti Zainal mewakili bahagian untuk menerima hadiah.
Kategori seterusnya ialah Kaunter Terbaik yang dimenangi oleh Zon Cokmar dari Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Puan ‘Ainul Mardhiah binti Abdul Halilah hadir bagi menerima hadiah.
Kategori Pantri Terbaik telah dimenangi oleh Zon Floraria dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang diwakili oleh Puan Hasnida binti Masron untuk menerima hadiah.
Kategori terakhir ialah Sudut Go Green dan Kreativiti Terbaik dimenangi oleh Zon Ibnu Khaldun dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Rahida binti Rosli yang mewakili bahagian untuk menerima hadiah.
Pertandingan ini bertujuan bagi menyemarakkan semangat bekerjasama serta dapat menonjolkan kreativiti setiap bahagian.
Terdahulu, pada 29 Oktober 2021, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim telah menyempurnakan Pelancaran Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat SUK Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.