Skip to main content

Lawatan YB Menteri JPM Ke Kawasan Bencana Ribut Kampung Tawas

YB Menteri di Jabatan Dalam Negeri  (Hal Ehwal Islam) melawat ketempat kejadian ribut di Kampung Tawas

IPOH, 2 Februari 2022- YB Menteri di Jabatan Dalam Negeri  (Hal Ehwal Islam), Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad telah melakukan lawatan bagi melihat kawasan perumahan yang terkesan akibat dilanda ribut di Kampung Tawas, di sini.

Dalam sesi lawatan itu, YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad berkesempatan untuk meninjau kawasan yang terjejas serta menyampaikan bantuan tunai RM300 dan kotak makanan bernilai RM100 melalui Sumbangan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia.

Hadir sama, YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato' Sirajuddin Suhaimee, Pegawai Daerah Kinta, Encik Meor Hezbullah Meor Abdul Malik.

Dalam kejadian lewat petang Ahad lalu, sebanyak 305 buah rumah dilaporkan terjejas dan ia dijangka bertambah kerana masih ada lagi laporan polis yang sedang dibuat.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.