Kursus Corporate Directors Leadership And Integrity (CDLI) Siri 1 2022

YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar bersama tetamu yang hadir
KUALA LUMPUR, 12 Februari 2022- Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di bawah Kluster Pengajian Ekonomi dan Kewangan telah mengadakan kursus Corporate Directors Leadership and Integrity (CDLI) Siri 1 Tahun 2022 bertempat di DoubleTree by Hilton di sini.
Kursus tersebut bertujuan untuk memperkasakan penjawat awam termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai Badan Berkanun Negeri serta syarikat berkaitan kerajaan negeri dalam meningkat pemahaman lebih mendalam para pegawai mengenai peranan serta memastikan kepentingan kerajaan terhadap badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan negeri agar dilindungi.
Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran para pegawai berkenaan tadbir urus yang baik dan perkembangan korporat semasa.
Melalui kursus itu juga, para pegawai dapat menambah pengetahuan berkaitan dasar dan peraturan kerajaan semasa serta peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Kursus CDLI Siri 1 2022 yang bermula pada 9 Februari hingga 12 Februari itu telah dihadiri oleh 39 pegawai dari kalangan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), jabatan negeri, pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri serta GLC di negeri Perak.
Antara yang hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham Rahman; YBhg. Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohamad Fariz Mohamad Hanip serta YBhg. Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi.
Sumber : Korporat, SUK Perak.