YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Dan Yang Dipertua Majlis Sertai Program Menembak.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan ucapan
ULU KINTA, 13 Mac 2022- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim hadir bagi menyempurnakan Program Menembak Bersama Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis di Lapang Sasar, Pasukan Gerakan Khas, di sini.
Program anjuran Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dengan kerjasama Komando 69 itu turut disertai beberapa jemputan khas yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kerajaan.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin serta YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah Sipun.
Program tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori individu (centre fire) dan kategori berkumpulan (falling plates).
Johan bagi kategori individu telah berjaya diraih oleh Encik Zulhisham Ahmad Shukori dengan 92 mata dan diekori rapat oleh Encik Abdul Halim Saad serta Puan Zatusy Syamami Ibrahim dengan 91 mata.
Bagi kategori berkumpulan, gelaran johan berjaya dirangkul oleh Kumpulan A yang diketuai oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Encik Abdul Halim Saad; Encik Meor Hezbullah Abdul Malik; Puan Rozalinawati Che Roslee dan Encik Zulkefli Abdullah.
Tempat kedua pula berjaya diraih oleh Kumpulan E yang disertai oleh Puan Halizah Sipun; Encik Shahrul Affendi Baharudin; Encik Khairul Anwar Ramli; Encik Shahfiq Sautarwin; Encik Azlan Aminuddin.
Sementara itu, bagi tempat ketiga, gelaran berjaya dimenangi oleh Kumpulan C yang dibarisi oleh Encik Mohd Zairasyahli Shah Zakaria; Encik Mohd Razif Ramli; Encik Helmi Yusof@Jusoh; Encik Shamsul Ridzuan Idris dan Puan Zatusy Syamami Ibrahim.
Sumber : Korporat, SUK Perak.