Skip to main content

800 Peserta Hadir Memeriahkan Program Fun Ride JAKM Perak.

YBhg. Ketua Setiausaha Negara bersama tetamu yang lain melancarkan pelepasan kepada 800 peserta kayuhan berbasikal.

PASIR SALAK, 2 Julai 2022- Seramai 800 orang peserta telah menyertai Program Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Perak.

Program ini melibatkan laluan sejauh 25 kilometer bagi kategori orang awam manakala 8.6 kilometer bagi kategori orang kenamaan, program bermula dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Maharaja Lela, di sini.

Malah, ia diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali pada jam 7.35 pagi.

Turut berkayuh bersama beliau adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria; YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM, Datuk Mohammad Ismail; YBrs. Pengarah Eksekutif SEPADU, Puan Wan Azilawati Wan Mahmood dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Hadir sama, YB Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman.

"Ini adalah kali pertama kita adakan program berbasikal Fun Ride bagi sesi JAKM. Kita tertarik untuk melakukan program ini kerana suasana kampungnya yang tenang dan aman damai. Di kesempatan ini juga, kita sendiri dapat turun padang melihat kawasan setempat serta membincangkan hal-hal rakyat secara santai," jelas YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali.

Setelah itu, beliau bersama para tetamu menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 20 keluarga asnaf di sekitar Kampung Gajah.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.