Majlis Ambang Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1444H
YBhg. Dato’ Haji Kamarudin Abdullah ketika menyampaikan Tazkirah Khas Maal Hijrah bertajuk ‘Hijrah Membina Kesatuan Ummah’ .
LENGGONG, 29 Julai 2022- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad hadir bagi menyempurnakan Majlis Ambang Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1444H/2022 di Masjid Jamek Daerah Lenggong, di sini.
Majlis yang bermula pada jam 6.45 petang itu dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Jamek Daerah Lenggong, Tuan Haji Ahmad Kushairi Haji Mohamad diikuti dengan bacaan doa akhir tahun, doa awal tahun serta solat Maghrib.
Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah Khas Maal Hijrah oleh YBhg. Pengarah Hal Ehwal Dakwah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dato’ Haji Kamarudin Abdullah yang bertajuk ‘Hijrah Membina Kesatuan Ummah’.
Usai sesi tazkirah tersebut, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama para jemaah yang lain berkesempatan untuk menunaikan solat Isyak sebelum majlis tersebut diakhiri dengan sesi jamuan makan.
Hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato’ Haji Mohd Yusop Haji Husin.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.