Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Perak.

YAB Dato' Seri Saarani Mohamad dan TYT Vanu Gopala Menon saling berjabat tangan tanda jalinan baik antara dua negara.
IPOH, 3 Ogos 2022- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura, TYT Vanu Gopala Menon di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk berbincang mengenai isu-isu semasa, hal ehwal ekonomi global dan langkah-langkah strategik yang dapat memastikan kesejahteraan bukan sahaja kedua-dua Malaysia dan Singapura, tetapi juga rantau ASEAN.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.