Perak Juara Pavilion Terbaik Maha 2022.

YB Dato’ Zainol Fadzi Hj Paharudin hadir mewakili kerajaan negeri menerima anugerah dan wang tunai bernilai RM7,000
SERDANG, 14 Ogos 2022 - Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang Anugerah Rumah Negeri Terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, hari ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Zainol Fadzi Hj Paharudin hadir mewakili kerajaan negeri menerima anugerah dan wang tunai bernilai RM7,000 yang disampaikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Kejuaraan kali ini menjadikan kemenangan buat kali ke-5 berturut-turut bagi Perak sejak tahun 2012.
Manakala, bagi tempat kedua, dimenangi oleh negeri Selangor yang membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh negeri Kedah yang membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.
Hadir sama, YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah; YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid.
Dalam perkembangan yang sama, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, MAHA 2022 kali ini berjaya menarik lebih 1.4 juta pengunjung iaitu 1.2 juta pengunjung secara fizikal dan 266,000 pengunjung secara maya.
“MAHA ini juga telah mencatatkan jualan paling tinggi iaitu lebih RM260 juta yang merangkumi jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Penutup MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.
Sumber : Korporat, SUK Perak.