Program Belia Berselawat Sempena Karnival Anak Muda (KAMU) @ LOKÈINORAMA.
PU Yeop ketika menyampaikan tazkirah ringkas sempena Program Belia Berselawat.
IPOH, 16 September 2022- Karnival Anak Muda (KAMU) @ LOKÈINORAMA yang bermula pada 16 hingga 18 September ini di Stadium Indera Mulia, di sini telah menampilkan kelainan apabila memulakan acara dengan Program Belia Berselawat.
Bacaan selawat bagi program tersebut telah dipimpin oleh Pencetus Ummah (PU) Yeop serta kumpulan nasyid terkenal iaitu Kumpulan Rabbani.
Program yang bermula pada jam 9.00 malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran belia atau pelajar daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 10, Maahad Imtiyaz, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 7 Tambun dan Sekolah Izzuddin Shah.
Selesai sesi berselawat, program diteruskan lagi dengan sesi tazkirah oleh PU Yeop dan persembahan alunan nasyid daripada Kumpulan Rabbani.
Hadir sama bagi memeriahkan majlis, YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Encik Khairul Shahril Mohamed yang mewakili YAB Menteri Besar Perak, YBhg. Pengarah Tanah dan Galian Perak, Dato' Mohamad Fariz Mohamad dan YBrs. Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Tuan Haji Mohd Misbahul Munir Masduki.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.