Skip to main content

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan Buku Al-Syahadah Al-I’dadiah Ad-Diniah dan Kurikulum Standard Pengajian Islam Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Perak.

IPOH, 14 Oktober 2022- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di Hotel Casuarina@Meru, pagi ini.

Pada majlis tersebut, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan keseluruhan 80 anugerah.

Antaranya, 6 buah sekolah telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik dan 4 orang pelajar telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam pelbagai kategori.

Malah, 23 orang pelajar tahfiz yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran telah menerima Anugerah Hafiz Muda.

Selain itu, 38 orang pula telah menerima Anugerah Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) Tahun 2021. Sijil ini bertujuan untuk memperakui para huffaz yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Manakala, 3 orang lagi telah menerima Anugerah Guru Cemerlang dan Anugerah Penyelia Cemerlang.

Yang terakhir, 6 orang telah menerima Anugerah Jasamu Dikenang atas kebaktian yang telah dicurahkan selama ini dalam Pendidikan Islam di Negeri Perak.

Dalam masa yang sama, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan melancarkan Buku Al-Syahadah Al-I’dadiah Ad-Diniah dan Kurikulum Standard Pengajian Islam Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Perak.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini; YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Dato’ Mohd Yusop Husin serta Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.