Seminar Sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2022.
Seminar Sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 disambut meriah di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
IPOH, 18 Oktober 2022 - Seminar Sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 disambut meriah di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis yang bermula pada jam kira-kira 9.00 pagi itu dimulakan dengan seminar bertemakan ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi’ daripada Encik Hamdi Othman. Beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai perunding dan pengurus di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berpengalaman sebagai pelatih dan memberi khidmat perundingan dalam bidang Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Total Quality Management (TQM).
Seterusnya, para tetamu dijemput ke slot perkongsian produk inovasi dan KIK. Sebanyak 29 reruai pameran dihias oleh para peserta mengikut kreativiti dan idea inovasi masing masing.
Majlis pada hari pertama ini diakhiri dengan perkongsian ilmu daripada Pengarah MCPlus, Muhammad Shakib Samsudin.
MC Corporate Consultation Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MCPlus telah ditubuhkan pada 2008 yang beroperasi di sekitar Lembah Klang. Kemudiannya, pusat tuisyen ini telah berjaya berinovasi apabila ia kini beroperasi secara dalam talian sejak negara dilanda pandemik Covid-19. Seramai 290,688 orang pelajar dari pelbagai negeri telah menyertai tuisyen ini secara dalam talian.
Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Anita Amri selaku penyelaras Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2022.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.