Penyerahan Surat Makluman Pembubaran Dewan Negeri Perak.
YB Dato’ Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid menyampaikan Surat Makluman Pembubaran Dewan Negeri Perak kepada Encik Mohd Nazri Ismail.
IPOH, 18 Oktober 2022 - Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid menyampaikan Surat Makluman Pembubaran Dewan Negeri Perak kepada Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri, Encik Mohd Nazri Ismail di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini.
Terdahulu, negeri yang telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Perak, Perlis dan Pahang.
Manakala, negeri Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak tidak akan dibubarkan kerana baharu melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) dan belum mencapai tempoh matang.
Bagi DUN di negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu pula, negeri-negeri tersebut tidak akan dibubarkan tahun ini.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.