Penyampaian Writ Pilihan Raya Kepada Pegawai Pengurus PRU15 Negeri Perak.
Sesi lafaz Ikrar Pilihan Raya oleh 24 orang Pegawai Pengurus.
TELUK INTAN, 21 Oktober 2022 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim menyaksikan sesi penyampaian Writ Pilihan Raya oleh Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri, Encik Mohd Nazri Ismail kepada 24 orang Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Negeri Perak di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), pagi ini.
Writ tersebut telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai surat kuasa kepada Pegawai Pengurus untuk menjalankan pilihan raya di kawasan masing-masing.
Pada masa yang sama, satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat awam untuk semakan orang ramai.
Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan calon iaitu pada 5 November 2022 (Sabtu) dan tarikh pengundian iaitu pada 19 November 2022 (Sabtu).
Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin dan YDH Ketua Polis Perak, CP Dato' Mohd Yusri Hassan Basri.
Turut berlangsung, sesi lafaz Ikrar Pilihan Raya oleh 24 orang Pegawai Pengurus.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.