Skip to main content

Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Perak Meriah, Dihadiri Pelbagai Kaum.

YAB Menteri Besar Perak ketika bergambar bersama dif-dif jemputan.

SUNGAI SIPUT, 25 Oktober 2022 - Sambutan Hari Deepavali 2022 Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dewan Konvensyen, di sini berlangsung dengan meriah dengan dihadiri pelbagai kaum.

Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang itu telah disempurnakan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad.

Di samping menjamu selera dengan makanan tradisi masyarakat India, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian yang disampaikan oleh artis kebudayaan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato', Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Dato' Mohd Zolkafly Harun serta TYT Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India & Asia Selatan, Tan Sri Dato' Sri Dr. SA. Vigneswaran.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.