Skip to main content

Karnival SUKSEM Ke-8 Buka Tirai Secara Rasmi.

Kontinjen SUK Perak ketika perarakan masuk Majlis Perasmian SUKSEM kali ke-8 2022

SHAH ALAM, 25 Oktober 2022 - Karnival Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia (SUKSEM) Kali ke-8 2022 telah membuka tirai selepas kali terakhir dilangsungkan pada 2018 di Kelantan.

Tirai SUKSEM 2022 itu dibuka secara rasmi dengan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Aminudin Shari dalam majlis perasmiannya di Stadium Panasonic, di sini.

Pada edisi kali ini, SUKSEM 2022 telah dikelola oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang sekaligus bertanggungjawab menjadi tuan rumah bagi karnival tersebut.

Upacara perasmian dimulakan dengan perarakan masuk 12 kontinjen negeri sambil diiringi paluan gendang oleh kumpulan pancaragam untuk menaikkan semangat atlet-atlet bagi merebut kejuaraan.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bacaan doa, bacaan ikrar kejohanan dan persembahan daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Upacara diteruskan lagi dengan ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Haji Haris Kasim diikuti ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Aminudin Shari yang selepas itu diberikan penghormatan untuk melakukan gimik perasmian.

Dalam perkembangan sama, SUKSEM 2022 akan berlangsung pada 25 Oktober sehingga 30 Oktober 2022 dengan 10 acara sukan akan dipertandingkan antaranya, bola jaring; tenpin bowling; golf; bola tampar; dart; badminton; ping pong; bola sepak; sepak takraw dan sukan elektronik atau e-sport yang julung kali diperkenalkan pada edisi kali ini.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.