Skip to main content

Majlis Graduasi Taska Genius Suk Perak Tahun 2022.

Para tetamu bergambar bersama.

IPOH, 3 November 2022 - Seramai 10 orang pelajar empat tahun hari ini meraikan kejayaan menamatkan sesi pembelajaran di Taska Genius.

Kejayaan itu telah diraikan di Majlis Graduasi Taska Genius Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Kerajaaan, Bahagian Khidmat Pengurusan(BKP), SUK Perak, Puan Hazwani Anuar mewakili Setiausaha Bahagian BKP, Puan Nuruljaswa Abd Hamid di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini.

“Saya bagi pihak pentadbiran SUK Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pendidik-pendidik taska yang telah mempamerkan semangat serta dedikasi dalam mendidik anak-anak Taska Genius SUK Perak.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang bergraduasi pada hari ini dan tidak lupa kepada ibu bapa dan penjaga. Syabas atas pencapaian anak-anak anda,” ujar Puan Haswani Anuar.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan kanak-kanak dari umur 2 hingga 4 tahun.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik Taska Genius SUK Perak, Puan Munaliza Aziz.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.