Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-15 USAS.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-15 USAS di Dewan Jubli Perak.

KUALA KANGSAR, 3 Disember 2022- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-15 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Dewan Jubli Perak, pagi ini.

Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak, disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Haji Zainuddin (Bersara) dan YBhg. Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin serta YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 1,908 graduan merangkumi ijazah doktor falsafah seramai empat orang, ijazah sarjana seramai 47 orang manakala bagi sarjana muda adalah 990 orang dan selebihnya daripada graduan diploma.

Dalam istiadat konvokesyen tersebut, lima anugerah disampaikan iaitu Anugerah Tuanku Canselor; Anugerah Menteri Besar Perak; Anugerah Naib Canselor USAS; Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial serta Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Seramai tujuh penerima anugerah berkenaan iaitu Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah (Anugerah Tuanku Canselor); Nurul Ayu Shahira Basri (Anugerah Menteri Besar Perak); Nuramirah Aisyah Ahmad Fuad (Anugerah Naib Canselor USAS); Faiz Marsus dan Muhammad Hasti Mohd Razali (Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial) dan Mohamad Farith Amer Mohamad Hallaj serta Nur Mardhiah Maisara Mohamed Ali (Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat).

Pada masa yang sama, Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah berkata, keluarga adalah pembakar semangat untuk beliau mencapai kejayaan.

“Kehilangan ayah pada 2013 ketika saya sedang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat sedih dan keputusan ketika itu amat teruk, namun berkat semangat ibu, saya berjaya,” ujarnya.

Kini, beliau merupakan Pegawai Penerangan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak dan mempunyai keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang yang sama iaitu Sains Komputer di USAS atau di pusat pengajian yang lain.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.