Skip to main content

YB Dato’ Mohamad Zahir Abdul Khalid Dilantik Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak.

YB Dato’ Mohamad Zahid Abdul Khalid telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak.

IPOH, 19 Disember 2022- YB Dato’ Mohamad Zahid Abdul Khalid telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak buat kali kedua pada Mesyuarat Pertama, Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-15 di sini.

Usul melantik YB Dato’ Mohamad Zahir itu dikemukakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yang juga Ahli Dewan Negeri Kota Tampan dan disokong oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, Encik A Sivanesan yang juga Ahli Dewan Negeri Sungkai.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Canning, Jenny Choy Tsi Jen telah dilantik sebagai YB Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak.

Usul tersebut telah dicadangkan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Insfastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Rapat dan disokong oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Puan Salbiah Mohamed yang juga Ahli Dewan Negeri Temengor.

Dalam perkembangan sama, pada Mesyuarat Pertama, Tahun Pertama, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-15, seramai 58 orang Ahli Dewan Negeri turut mengangkat sumpah jawatan, termasuk Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Negeri Gunung Semanggol, Encik Razman Zakaria.

Manakala bagi Ahli Dewan Negeri Kepayang, Encik Nga Kor Ming, tidak dapat hadir bagi istiadat mengangkat sumpah tersebut kerana terlibat dalam Persidangan Dewan Rakyat.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 16 Januari 2026, 06:45:36.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.