Sesi Sign Off Pelan Strategik Pendigitalan Psuk Perak 2022-2025.

YBhg. TSUKM, Dato' Nor Sham binti Rahman bersama-sama YBrs. Puan Siti Sapura menandatangani PSP PSUK Perak.
IPOH, 30 Januari 2023 - YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman telah menyempurnakan sesi Sign Off Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, di sini.
Menurut YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, pelan yang dibangunkan sejajar dengan pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, Pelan Strategik PSUK Perak 2021-2025 dan Agenda Perak Sejahtera 2030 dapat menjadi panduan dalam menetapkan hala tuju pendigitalan PSUK Perak.
“Pelan ini akan menjadi sumber rujukan utama dalam menetapkan hala tuju pendigitalan secara komprehensif selama empat tahun yang menggariskan strategi dan program sebagai panduan bagi pembangunan dan pelaksanaan inisiatif projek-projek digital SUK Perak.
Untuk makluman para hadirin, Ringkasan Eksekutif bagi pelan ini akan dipamerkan di dalam portal Perak mulai bulan Februari ini. Semua jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak boleh menjadikan ringkasan ini sebagai rujukan untuk pembangunan pelan strategik pendigitalan di jabatan masing-masing. Ringkasan Eksekutif ini juga akan dicetak dan diedarkan kepada semua jabatan,” ujar beliau.
Turut sama menyempurnakan sesi tersebut adalah Puan Siti Sapura binti Raffee, Ketua Perunding ICT (Strategis) Bahagian Perundingan ICT MAMPU.
Sesi Sign off ini diadakan sebagai simbolik penamatan jalinan kerjasama PSUK Perak bersama MAMPU dalam membangunkan PSP PSUK Perak 2022-2025 yang telah dilaksanakan selama 9 bulan mulai Mac 2022 sehingga November 2022.
PSP PSUK Perak 2022-2025 ini juga menggariskan empat teras utama iaiatu pemerkasaan pendigitalan perkhidmatan kerajaan negeri yang selamat secara inklusif dan bersepadu, pemantapan infrastruktur teknologi digital dan keselamatan ICT, pemantapan keupayaan digital secara holistik serta pemerkasaan tadbir urus digital mampan.
Hadir sama, Tuan Haji Mohamad Fadzli, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat; Encik Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, barisan pasukan perunding PSP Bahagian Perundingan ICT MAMPU.
Sumber : Korporat, SUK Perak.