Skip to main content

Program Wacana Harmoni Memacu Hala Tuju PSUK Perak 2023.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika memberikan maklum balas selepas mendengar pembentangan daripada bahagian-bahagian.

PULAU PINANG, 5 Februari 2023- Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak telah mengadakan Program Wacana Harmoni Memacu Hala Tuju Tahun 2023 yang berlangsung selama tiga hari, di sini.

Program tersebut melibatkan ketua jabatan dan pegawai pengurusan dan professional di setiap bahagian PSUK Perak.

Objektif program itu bertujuan bagi meningkatkan tahap kompetensi serta menetapkan hala tuju jabatan seiring dengan keperluan Pelan Perak Sejahtera 2030 serta visi dan misi Kerajaan Negeri Perak.

Selain itu, ia diadakan untuk mengkaji dan menambah baik proses kerja dalam memastikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sentiasa memberi penyampaian perkhidmatan di tahap yang cemerlang.

Melaluinya juga, pelan tindakan terhadap dasar-dasar sedia ada, hala tuju baru dan juga tindakan strategik Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2023 dapat dirangka dengan baik dan kukuh.

Hadir bagi menyempurnakan program, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham Rahman serta YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah Sipun.

Dalam perkembangan sama, program tersebut memberikan dapatan yang positif dengan setiap bahagian PSUK Perak lebih faham terhadap fokus yang perlu diutamakan pada tahun 2023 dan seterusnya dalam menjadikan negeri Perak mapan dan berdaya saing.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.