Skip to main content

Majlis Apresiasi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar 2023 Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022.

YBhg. Dato' Norsham Rahman membacakan ucapan YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengucapkan ‘Selamat Hari Perbandaran’ kepada seluruh warga kerja MPKK.

KUALA KANGSAR, 20 Februari 2023- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian kawasan bandar yang sejahtera bagi rakyat negeri Perak.

YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato' Norsham Rahman berkata demikian ketika mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim untuk merasmikan Majlis Apresiasi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) 2023 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 di Dewan Jubli Perak, petang ini.

Beliau yang membacakan ucapan YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengucapkan ‘Selamat Hari Perbandaran’ kepada seluruh warga kerja MPKK.

“Saya berharap majlis pada hari ini menjadi pemangkin MPKK untuk meneruskan kecemerlangan perkhidmatan tidak kira pada bila masa. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ‘Selamat Ulang Tahun Perbandaran Ke-19’ kepada seluruh warga MPKK.

“MPKK telah ditubuhkan pada tahun 1 Januari 1980 sebagai Majlis Daerah, kini berusia 43 tahun dan pada 18 Februari 2004, pentadbiran ini telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran. Tahniah dan semoga MPKK akan terus berusaha untuk mencapai kemajuan,” jelasnya.

Di majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 kepada 22 orang penerima, Sijil Terampil kepada 99 orang penerima, Sijil Penghargaan Pesara 2022/2023 kepada 11 orang penerima, Sijil Perkhidmatan Lama kepada 7 orang penerima dan Sijil Apresiasi Tautan Kasih Tahun 2022 kepada 5 orang penerima.

Pada masa yang sama, Puan Nurul Hidayah Harun dan Encik Mohamad Zaidi Ahmad Zamani telah menerima Anugerah Perdana sebagai tanda menghargai khidmat dan sumbangan kepada organisasi dan masyarakat Kuala Kangsar.

Mereka menerima sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5,000, selimpang baldu, tanjak bermotifkan ikatan balung ayam bagi penerima lelaki dan selendang songket bagi penerima wanita serta plak dan sijil.

Hadir sama, YBrs. Yang Dipertua MPKK, Tuan Tpr. Zulqarnain Mohamad; Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Encik Zulhisham Ahmad Shukori; Timbalan Pengarah (Kerajaan Tempatan), Puan Mufidah Mahfuz dan Setiausaha Perbandaran MPKK, Encik Haji Saiful Azli Mohamad Nor.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.