Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih Rm2 Juta.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak berkenan hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri dan Ketua Jabatan Negeri Perak

KUALA KANGSAR, 25 Mac 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada empat syarikat korporat berjumlah RM2,000,293.30.

Sesi penyerahan itu telah didahului Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diwakili oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefli Abdullah dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM1 juta.

Ia diikuti UAC Berhad yang diwakili oleh YBrs. Pengurus Besar Operasi, Encik Zubair Abdullah dengan jumlah RM537,446.72.

Sementara itu, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad (KPFSPB) yang diwakili oleh YBrs. Pengerusi KPFSPB, Encik Shamsudin Yusof turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM277,935.41.

Turut melakukan penyerahan, Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak yang diwakili oleh YBrs. Pengurus Besarnya, Puan Yuha Ismail dengan jumlah RM184,911.25.

Semua penyerahan zakat perniagaan tersebut dilakukan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri serta Ketua Jabatan Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini.

Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama isterinya, Datin Seri Aezer Zubir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin serta YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.