Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa Daerah Batang Padang.

DYTM Raja Muda Perak Berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Batang Padang.

BIDOR, 3 April 2023- DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Batang Padang di Masjid Abu Hurairah, Taman Seri Bidor, di sini.

Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Encik Mohd Azlan Helmi yang mewakili YAB Dato' Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato' Seri Mohd. Annuar Zaini serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.