DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Berbuka Puasa, Rasmi Masjid As-Syuhada Taman Bandar Baru.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkesempatan beramah mesra bersama pelajar-pelajar tahfiz.
KAMPAR, 11 April 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid As-Syuhada Taman Bandar Baru, di sini.
Ketibaan baginda pada jam 7.00 petang telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang- Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato' Seri Mohd. Annuar Zaini serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok Bucida Batik atau Bucida Variegated dan seterusnya membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian masjid tersebut.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak seterusnya mencemar duli berbuka puasa bersama lebih 1200 orang jemaah dan menunaikan solat Maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak, solat Terawih dan jamuan moreh.
Baginda berangkat pulang kira-kira jam 10.10 malam selepas sesi bergambar bersama tetamu jemputan serta jawatankuasa masjid.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.