Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Perak.

YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad bergambar bersama ketua-ketua badan keselamatan dan beruniform.

IPOH, 12 April 2023- Kerajaan negeri meneruskan tradisi pengagihan sumbangan juadah raya berjumlah 11,000 kotak juadah raya kepada 16 pasukan keselamatan dan badan beruniform sempena kedatangan Syawal tahun ini.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Beliau dalam ucapannya menghargai jasa dan pengorbanan pasukan ini dalam berjuang berkorban masa dan nyawa demi tanah air tercinta.

“Sumbangan ini adalah supaya anggota yang bertugas pada Hari Raya tidaklah berasa terlalu sedih. Mereka juga dapat merasai kuih raya, ketupat dan rendang sama seperti orang lain ketika beraya,” jelasnya.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Pengagihan kotak juadah raya ini membabitkan pasukan badan beruniform antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Akademi Tentera Udara Perak, Pasukan Polis Marin Kg. Acheh Sitiawan, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bomba Negeri Perak dan Markas 2 Briged.

Terdahulu, kerja pembungkusan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Aezer Zubin, isteri kepada YAB Menteri Besar Perak yang dibantu oleh 300 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, BAIDURI, PUSPANITA, BAKAT (Laut), BAKAT (Darat), BAKAT (Udara), PERKEP Kontinjen IPK Perak, PERKEP Briged Utara Perak, Persatuan Wanita Prihatin, PERISMA, Pasukan 2 Briged dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Barangan yang dibekalkan di dalam kotak juadah raya adalah rendang tok, dodol, beras Basmathi dan kopi.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.