Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Tunai Solat Hari Raya Aidilfitri.

 DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan berangkat ke Masjid Ubudiah bagi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri

KUALA KANGSAR, 22 April 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, di sini.

Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa serta DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang- Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Muhd Zaki Mahyudin; Y.A.Bhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Y.A.Bhg. Jen.(B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zahidi Haji Zainuddin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Usai menunaikan solat sunat Aidilfitri, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudian menziarahi pusara almarhum ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan pusara almarhum adinda baginda, Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni armarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan Kuala Kangsar.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.