Perak Terima Geran Kawasan Rukun Tetangga Daripada Kementerian Perpaduan Negara.

YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad berucap di majlis berkenaan.
IPOH, 5 Mei 2023- Kerajaan Negeri Perak menerima geran untuk 555 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perak, berjumlah RM3.33 juta daripada Kementerian Perpaduan Negara.
Penyampaian tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBhg. Dato’ Hajah Norison Ramli kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad ketika Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak Bersama Warga Kementerian Perpaduan Negara dan Jentera Perpaduan Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan.
Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India, Encik Sivanesan A/L Achalingam; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kasim; Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Jaafar Sidek Haji Abdul Rahman; Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Salasiah Abdul Wahab dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak, Encik Haji Mansor Mohd Hashim.
Pada majlis yang sama, Kementerian Perpaduan Negara turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak dan Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih Ayer Tawar.